WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?
There was an error in this gadget

Wednesday, 22 April 2009

BILAKAH MEDIA MALAYSIA AKAN BERSIKAP BERKECUALI?

MEDIA: MEMIMAHAK ATAU TIDAK MEMIHAK

Kebiasaannya, setiap sesuatu itu akan wujud berlawanan. Misalnya, hidup lawannya mati. Lelaki lawannya wanita. Sakit lawannya sihat. Dan seterusnya.

Begitulah juga dalam kita berfikir atau berhujah. Misalnya, dalam kita berfikir, sudah tentu kita akan memikirkan yang positif dan yang negatif. Dalam berhujah, sudah tentu kita akan dengar pihak yang menyokong dan yang membantah. Maka akan sentiasa ada perkara yang berlawanan. Pro dan kontra.

Sayangnya, perkara yang berlawanan ini belum lagi mentradisi dalam dunia media kita. Misalnya, dalam media cetak kita baca, kita sering baca berita dan rencana yang berdasarkan kecondongan (slant) dan sudut yang menyokong kerajaan. Mungkin tidak dapat dielakkan, khususnya dalam media perdana. Dalam media alternatif kita lihat pula kecondongan dan sudut. Ini pun biasalah. Lalu kita pun lihat dan nilai sendiri kecondongan akhbar seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star, Harakah, Suara Keadilan atau Rocket.

Dalam media elektronik pula kita akan lihat hal yang sama. Tontonlah RTM 1 dan 2, TV3 dan kumpulan rangkaiannyadan ASTRO (AWANI) dan Bernama TV. Kecondongan RTM jelas bersifat pro-Kerajaan, malah bersifat propaganda. Ini perkara biasa. TV3 lebih mirip kepada pro-kerajaan. Bernama TV dan Astro Awani cuba menunjukkan kelainan dan mahu dilihat berkecuali.Sifat dan perisian “hitam-putih” dalam media elektronik ini bagaikana tidak dapat dielak. Sebabnya, setiap mediaa itu dikuasai sesuatu golongan tertentu, baik antar media mahupun intra media.

Bagaimanapun masalah yang ingin saya kongsi bersama ialah “penghujahan yang tak seimbang dalam program “bual bicara” media elektronik ini. Lebih tepat, soal yang membabitkan keseimbangan dalam mengutarakan pandangan dan hujah. Atau dalam bahasa yang mudah, berhujah dari tiga sudut: menyokong, menentang dan berkecuali. Dan dalam hal ini media elektronik mestilah bersifat berkecuali..

Kita ambil CNN di Amerika Syarikat, misalnya. Apabila mendapatkan pandangan tentang sesuatu isu CNN akan kemukakan sekurang-kurangnya dua ahli panel tokoh: wakil yang menyokong dan wakl yang menentang. Contohnya, dalam isu kempen calon Presiden yang baru lalu, kita akan tonton perbincangan antara wakil Demokrat dan Republikan. Dalam isu membabitkan kempen calon Parti (baik Demokrat mahpun Republikan) kita akan tonton perbincangan antara dua calon Demokrat atau dua calon Republikan pada satu-satu masa.

Di Negara kita, tradisi berbincang begini belum ada. Tontonlah “talk show” dalam mana-mana TV kita, terutama yang membabitkan politik atau ekonomi. Contohnya, Kempen pemilihan Majlis tertinggi UMNO yang baru lalu. kita dipertonton dengan rancangan apa yang kita sebut “satu hala” atau “one-way street.” perbincangan menjurus kepada pandangan sepihak. Sementara pihak yang lain yang berpandangan kontra tidak berpeluang menjawab.

Bernama TV dalam rancangan Helo Malaysia!nya menjelang perhimpunan dan sesudah perhimpunan UMNO sering mendatangkan tokoh-tokoh dalam rancangan Helo Malaysia!nya yang dilihat menyokong sesuatu golongan tertentu dalam UMNO. mengemukakan tiga tokoh yang jelas tidak bersifat berkecuali dalam membincangkan pemilihan. Sudahnya, kita tidak diberi kesempatan untuk mendengar hujah yang bertentangan. Ertinya subjek yang menjadi sasaran penentangan tidak diwakili dalam perbincangan ini

Saya fikir ramai yang menonton rancangan seperti ini melihat susunan ahli panelnya dirancang begitu rupa sehingga pandangan sepihak ini sahaja yang mahu ditonton oleh khalayak. Ada pemanggil luar yang pandangan atau soanya tidak diambil kira langsung, jika dinilai kontraversi oleh moderator rancangan.

Di Astro Awani, lain lagi ceritatanya. Ada kalanya anggota panelnya tertalu bersifat berkhurbah dan mahu mengajar, seolah-olah anggota panel ini sahaja yang “maha tahu” atau “serba tahu.” Contohnya dalam satu programnya ada dalam kalangan anggita panelnya “mengajar” kerajaan yang baru dibentuk untuk “melakukan “ segala sesuatu yang menurut pandangnya betul dan bijaksana. Sehingga ada yang mencadangkan PM baru meniadakan kementerian itu dan ini dan mengurangkan jumlah menteri. Hebat!

Malah dalam satu rancangan, ada pemanggil yang berkata bahawa tokoh-tokoh panel itu sepatutnya menjadi menteri. Nasib baik dia tidak kata “patut menjadi PM.”

Ini belum lagi cerita tentang ahli-ahli panel yang terdiri daripada tokoh-tokoh akademik di universiti. Tokoh-tokoh ini aada yang seperti mahu menunjukkan kepetahannya berbincang, kelihaiannya berbahasa akademik, penuh dengan jargon politik atau ekonominya sehingga menjadikan penonton terpinga-pinga dalam keterpesonaan.

Kita membaca ribuan blog dalam internet. Kadang-kadang bolgger ini jugalah yang menjadi ahli panel dalam rancangan TV ini. Tidak kiralah sama ada RTM, TV3, Astro atau Bernama TV. Kadang-kadang mereka ibarat burung kakak tua, mengulangi pandangan dalam blognya untuk khalayak penonton TV pula.

Agaknya beginilah resam orang-orang media kita, ya!

1 comment:

  1. jauh panggang dari api. bila pungguk tahu wajah bulan menggerutu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).