WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?
There was an error in this gadget

Saturday, 11 April 2009

MUHYIDDIN DALAM ZON BAHAYA TIGA TAHUN LAGI?

MAMPUKAH MUHYIDDIN BERTAHAN?

Sepulang dari Bandung beberapa hari yang lalu, berhajat pula pulang ke rumah di Johor Bahru, menziarah ibu mentua yang kurang sihat. Seperti biasa malamnya sempatlah kami (ipar duai) berbual santai di Danga Bay, untuk melihat keindahan lampu malam di seberang sana (Singapura). Lazimnya kami “lepak” sambil “ngopi” di satu gerai. Kami pergi berrempat. Seorang bekas tentera berpangkat Mejar, biras dan asal Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang bekas penjual kenderaan. adik ipar, dahulunya bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Seorang pesara kerajaan, biras, orang Muar dan pernah bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya pula pernah bekerja di penerbitan swasta.

Malam itu di Danga Bay kami sembang tentang politik Johor dan kaitannya dengan susunan kabinet Perdana Menteri Baru, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kami pun sudah saling maklum. Seperti kata biras dari Kuala Pilah, “Apa lagi cara hendak habiskan malam. Ini kerja yang paling baik, daripada menyibuk cerita hal orang ya tak, Bang?” Dia mengarah kata-katanya itu kepada saya.

“Nampaknya ramai juga orang Johor dalam kabinet,” kata biras dari Muar. “Kuota kot!”

Kata biras dari Kuala Pilah, “You nonton tak ulasan orang politik dalam TV. seperti Tan Sri Sanusi Joned atau Datuk Ruhanie Ahmad.” Katanya “Sekarang TPM orang Johor. Menteri Pendidikan orang Johor, Menteri Pendidikan Tinggi orang Johor, Menteri Dalam Negeri orang Johor.” Sambil ketawa dia menyambung, “ Yang kena rijek pun banyak juga dari Johor. Ada Shahril (letak jawatan). Ada Azalina Othman dan ada Syed Hamid. Tiga pergi, tiga masuk. Orang Negeri Sembilan apa kurangnya. Ada dua wakil dalam kabinet. Shaziman Abu Mansor dan Dr. Rais Yatim.”

“Tapi dua orang menteri ini orang lama, bukan orang baru,” kata biras dari Kuala Pilah. Dan tak ada pula orang Kuala Pilah. Seorang dari Jelebu, Dauk Rais dan seorang dari Tampin. Mana aci macam tu?” Suaranya mulai tinggi sedikit.”

“Tak kiralah dia orang mana. Yang penting dia orang awak.”
“Apa kata Abang? Adil ke?” soalnya, sambil menoleh kepada saya.
“Yang kita sampai nak gaduh-gaduh ini fasal apa. Kita kan cakap tentang orang Johor. Dan kita kena faham juga, kita ni kan dah masuk Johor. Kita cakaplah tentang Johor,” jawab saya.

Biras dari Kuala Pilah ini panas baran sedikit orangnya.Maklumlah bekas tentera. Darah masih panas kot!

“Ini lagi satu tentang Si Khairy (Jamaluddin), Ketua Pemuda. Kalau tak hendak namanya naik, bagi isyarat awal-awal lagi. Dia salah janganlah kasi bertanding. Buat macam Ali Rustam. Dia tak boleh bertanding. Ok jugalah. Ini bila Khairy dibenar bertading dan menang, dia tak ada tempat dalam kabinet. Ini apa cerita?” Semyumnya mula menguntum.

“Saya ikutlah juga siaran TV Bernama dan Astro AWANI. Dengarlah juga ulasan dan komen dalam TV itu. Saya rasa macam dirancanglah bila dia orang pilih ahli panel ke rancangan itu,” kata biras dari Muar.
“Maksud you.”

“Yalah, kalau kita tonton siaran CNN atau BBC, misalnya, bila dia orang pilih panel untuk beri pendapat, dia orang pilih yang berbeza pendapat. Tapi dua tiga menjak menjelang perlantikan itu, saya lihat trafik berjalan satu hala sahaja.”

“Saya masih tak faham,” kata biras dari Kuala Pilah.
“hei apalah punya member. Takkan you tak faham. You nonton tak CNN atau BBC?”
Angguk.

“Biasanya kita dapat dengar tiga pandangan yang berbeza bila ditanya satu soalan yang sama. Ada fikiran mewakili suara Demokrat, Ada Republikan dan ada yang berkecuali. Tapi dalam rancangan kita. FIkiran dan pendapat hanya ikut cara satu golongan dalam UMNO sahaja. Lebih peliknya, golongan yang diberikan peluang bercakap itu mewakili kumpulan yang bukan anggota UMNO sendiri.”

“Maksudnya berfikir secara mantan PM kita, Tun Mahathir.”
“Saya tak cakap, ya. You yang cakap.”

“Saya dapat baulah ini kerja satu konspirasi nak pinggirkan Pak Lah,” pintas biras dari Muar.

“Kan itu politik. Kita tak boleh salahkan sapa-sapa. Konspirasi ke, tikam belakang ke, tepuk bahu ke, fitnah dan dendam-mendendam ke, itu kan kerja orang politik. Kita tak payah hairanlah,” celah si ipar.


“Balik semula tentang politik Johor. Apa pandangan youi?” tanya biras dari Kuala Pilah. “Saya tengok tiga tahun lagi, berantam lagi orang Johor.” Kata biras dari Muar. “Masalahnya dalam kabinet Najib ada dua orang Johor yang kanan. Ada Muhyiddin yang secara lazimnya akan menjadi pengganti Najib. Ada pula Hishamuddin, sepupu Najib, seperti halnya Razak dahulu yang berbiras dengan Hussein Onn, walaupun hanya Naib Presiden.”

“Mampu ke Muhyiddin bertahan dan rasanya sala seorang perlu dikorbankan untuk jawatan nombor satu. Tidak ke akan berlaku main mata antara Najib dan Hishamuddin. Saya rasa nasib tidak akan menyebelahi Ahmad Zaid Hamidi atau Shafie Afdal. Apatah lagi kita dengar semua jawatan akan ditandingkan setiap kali ada pemiilihan dan lebih ramai pula dibenarkan memilih.”

Pengulas amatur berempat ini yakin Najib dan Hishamuddin akan bersatu menyusun strategi supaya mereka dapat mengulangi apa yang berlaku dengan gandingan Razak-Hussein terdahulu.

“Masalahnya, UMNO sekarang tidak lagi dianggap mencerminkan kehendak rakyat banyak. Orang muda telah mula beralih arah. Sempatt ke gandingan Najib-Muhyiddin-Hishamuddin keluar dari kepompong persepsi negatif ini?” ujar biras dari Kuala Pilah.

Dalam perjalanan pulang kami teringat mesej akar umbi. Walaupun kami tidak bergiat dalam politik, tetapi bila bertemu sesekali, topik politiklah yang paling menarik yang kami bincangkan.

1 comment:

  1. Cerita politik memang mudah jadi modal berbual he he sbb dah tak der cerita hot daah

    Cheers,
    Melayu Boleh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).