WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Sunday 12 April 2009

ANTARA RELA TERPAKSA DAN MENANG TAK MENANG SEMUA BUAT KHAIRY!


Dato' Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO (kiri) bersama Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO di Perhimpunan UMNO Mac 2009: Sekadar mendengar bisikan hati Khairy? Foto Utusan Malaysia.

PM jelaskan peranan Khairy
PATTAYA 11 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menyatakan kesediaannya untuk memberikan tumpuan terhadap tugas parti meskipun tidak terpilih menganggotai Kabinet.

"Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia," kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat sesetengah pihak bahawa Ketua Pemuda UMNO patut diberi peranan dalam Kabinet.

Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

"Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat," katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota UMNO, termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau akan juga meneliti struktur parti daripada sudut politik dan kedudukan kerajaan pada masa akan datang dalam usaha memperkemaskan parti.

Pada Khamis lepas, Khairy berkata beliau sedia membantu Perdana Menteri untuk mengukuhkan parti terutama Pemuda UMNO. - BERNAMA (12 April 2009 seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.)

Komen:
Inilah yang dinamakan konsep ideal dalam politik Malaysia: Yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua. Bagaimanalah agaknya perasaan "rakyat" Rembau yang teleh memberikan kepercayaan kepada Khairy secara demokrasi menerima konsep ideal ini?

"Rakyat" di Rembau perlu menerima hakikat bahawa:
1. Khairy didapati bersalah kerana melanggar etika pemilihan UMNO Mac 2009 lalu, tetapi dibenarkan bertanding. Manakala Ali Rustam yang didapati bersalah atas isu yang sama tidak dibenarkan bertanding.

2. Khairy menang Ketua Pemuda dalam pemilihan itu tapi tidak menganggotai kabinet PM yang baru. Sedangkan Naib Ketuanya Razali Ibrahim diberi tempat sebagai timbalan menteri. Kemudian calon yang kalah dalam pertandingan Mukhriz Mahathir turut diberikan tempat sebagai timbalan menteri.Maka Khairy terpaksa berpuas hati menjadi seorang lagi "Suhaimi Hj Kamaruddin" atau "Harun Idris" yang tidak diberi tempat dalam kabinet suatu waktu dahulu. Harun sedikit bertuah kerana ketika terpilih sebagai menjadi Ketua Pemuda beliau adalah Menteri Besar Selangor.

3. Suhaimi kalah dalam perebutan Ketua Pemuda kepada Anwar Ibrahim dengan hanya satu undi. Namun Ketua Pemuda yang baru menang itu mendapat tempat dalam kabinet yang baru dirombak sebagai Timbalan Menteri. Kadang-kadang terfikir juga adakah semua ini dirancang atau disebabkan suasana dan keadaan (mood).

4. Untungnya Anwar. Untungnya Harun Idris. Untungnya Razali Ibrahim. Untungnya Mukhriz Mahathir. Kasihannya Suhaimi. Kasihannya Khairy Jamaluddin.

4. Khairy pun berikrar patuh kepada pucuk pimpinan parti, sedia bekerjasama membantu Presiden UMNO. Bunyi macam "rela terpaksa" sahaja. Atau seperti kata orang putih "sour grapes" dengan berkata bahawa menjadi sebahagian daripada kabinet tak penting.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).