WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Wednesday 8 April 2009

KEKALAHAN DI DUA BUKIT: PERLUKAH BADAN BEBAS DILANTIK?

TAK PERLU BADAN BEBAS CARI PUNCA KEKALAHAN

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencadangkan kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya melantik satu badan bebas mengkaji kekalahan dalam pilihanraya kecil dua bukit di Perak dan Kedah 7 April 09 lalu.
Menurut Muhyiddin hanya melalui hasil kajian badan bebas itu UMNO mungkin dapat melihat kelemahan atau kekuatannya.

Soalnya adakah UMNO memerlukan badan bebas seumpama ini? Bukankah dengan perlantikan itu UMNO akan terpaksa berdepan dengan kos dan masa. Sedangkan hasilnya nanti akan hanya tinggal dalam laci sahaja.Beberapa anggota veteran UMNO menganggap bahawa badan bebas seumpama itu tidak perlu dilantik kerana seperti kata salah seorang daripada mereka “ia hanya menghabihkan boreh.”

UMNO hanya perlu melihat ke dalam diri sendiri. Maksudnya setiap anggota UMNO dari peringkat bawah (akar umbi) hingga ke pemimpin tertinggi (MT) perlu bermuhasabah diri. Jawaban kepada mengapa UMNO kalah ada dalam diri orang UMNO sendiri. Ramai penulis blog mempunyai persepsi orang UMNO sekarang ini bukan seperti orang UMNO sebelum merdeka dahulu. Kini mereka terlalu banyak memikirkan kepentingan peribadi, sombong (arrogant), bersikap “mereka sahajalah yang benar” dan rakyat hanya perlu ikut sahaja seperti “kerbau dicucuk hidung”.

Media pula, terutama yang dianggap perdana, asyik memikirkan kepentingan golongan yang diwakilinya dan pemilik sahamnya. Slogan “saya berjuang untuk kepentingan Negara, bangsa dan agama” masih menjadi agenda retorik orang UMNO yang diulang-ulang siarannya oleh media.

Kemudian ada pula yang memanfaatkan media untuk mengenepikan sesuatu golongan yang mereka tak suka, walaupun dalam kalangan UMNO sendiri demi agenda peribadi. Maka tidak hairan sekarang ini ada saluran tv yang terang-terangan menjemput wakil golongan ini diperalat untuk “menghentam” golongan yang mahu dipinggirkan Dengan demikian wujudlah ketidakseimbangan dalam penyampaian maklumat pro dan kontra tentang sesuatu isu.

Masyarakat tidak diberi peluang atau pilihan untuk mendapatkan pandangan yang berlainan atau golongan yang dihentam itu tidak diberi kesempatan untuk menyatakan pandangannya. Tidak pasti adakah cara begini dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja.

Sebelum cadangan ini diterima ada baiknya jika Muhyiddin melihat bahawa yang banyak menentng UMNO sekarang adalah golongan muda yang berpendidikan tinggi dan terdedah kepada penalaran yang rasional dan objektif. Meraka bukan lagi golongan yang hanya menerima tanpa soal-jawab.

Malah inilah yang dihadapi UMNO. Inilah juga yang dihadapi media yang perdana yang dianggap pro-UMNO atau pro-BN. Dan jangan lupa golongan muda ini menentukan masa depan politik Negara. Golongan ini juga yang akan menilai sikap dan tindakan setiap pemimpin UMNO dari semua sudut. Golongan ini telah mempunyai persepsi yang dibentuk oleh pelbagai pandangan dan isu sosial yang menyelimuti mereka.

Dan yakinlah golongan ini mahukan pemimpin UMNO yang “bersih” dan “dilihat bersih.” Bukan hanya pada hari ini, tetapi sejak mula pemimpin itu aktif berpolitik dalam UMNO. Pendek kata pemimpin UMNO perlu meminggirkan pemimpinnya yang dianggap punya saat dengan bagasi dalm liabiliti.

Untuk melihat punca kekalahan di dua bukit ini Muhyiddin, misalnya perlu melihat ke dalam dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum melihat pemimpin lain. Muhyiddin perlu menelusuri jalan kenangannya sejak mula beliau aktif dalam UMNO. Muhyiddin perlu menyoal dirinya sendiri terlebih dahulu, sebelum menyoal pemimpin lain. Selaku Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin perlu bertanya “Adakah saya telah melaksanakan tugas saya dengan baik sepanjang kerjaya saya dalam politik UMNO?” Muhyiddin perlu membuat pengakuan kepada pemimpin-pemimpin lain di bawahnya atau di atasnya bahwa “saya benar-benar bersih dan dilihat bersih” oleh rakyat. Baik dulu, baik sekarang.

Lupakan Lembaga Disiplin kerana kadang-kadang kita pun tak tahu adakah ia benar-benar bebas menjalankan tugasnya tanpa prasangka atau tanpa desakan aau paksaan daripada mana-mana pihak. Dan kalaulah badan bebas hendak dilantik juga, adakah badan itu nanti diberi kebebasan untuk misalnya mendapatkan maklumat sejujur-jujurnya daripada Lembaga Disiplin UMNO itu sendiri? Dan bolehkah badan bebas ini menyoal siasat, misalnya pihak pengurusan tertinggi UMNO sendiri, seperti presiden dan timbalan presiden untuk mengorek maklumat. Sebabnya, kedua-duanya turut terlibat baik secara langsung atau tidak langsung, dalam kempen pilihanraya kecil dua bukit 7 April lalu. Presiden UMNO ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, sementara Timbalan Presiden ialah pengarah kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).