WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Wednesday 8 April 2009

BUKIT GANTANG YANG MENENTUKAN!


Dato' Seri Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen baru mewakili Bukit Gantang.

Menteri Kabinet mesti 'bersih'
KUALA LUMPUR 6 April - Barisan menteri Kabinet Malaysia baru mesti terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang rekod tidak disenangi rakyat.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr, Rais Yatim berkata, barisan menteri itu juga perlu sanggup bekerja keras bagi melahirkan masyarakat Malaysia baru yang mantap.
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan komitmen yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya selepas dilantik ke jawatan itu kelmarin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kedudukannya sama ada dikekalkan atau sebaliknya dalam barisan Kabinet baru itu.
"Komen terbaik ialah no komen, ia adalah hak PM dan beliau perlu diberikan kebebasan untuk menentukan pasukan pilihannya.

"Bagi saya, kalau diberi A, Alhamdulillah, jika B pun Alhamdulillah dan hatta jika Z sekalipun Alhamdulillah. Saya serahkan nasib saya kepada Perdana Menteri untuk menentukannya," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan dokumentari The Iron Wall, forum dan pameran mengenai Palestin di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini semalam.

Rais sebelum itu diminta mengulas kedudukannya dalam Kabinet baru yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri tidak lama lagi. (Utusan Malaysia, 7 April 09)

komen:
Ini komen Rais ketika mengulas komitmen Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tentang pentadbiran baru yang dipimpinnya sekarang. Rais sepatutnya menambah, "Bukan sahaja bersih tapi dilihat bersih." Ini penting jika Najib mahu melihat perubahan dalam sikap rakyat yang sejak kebelakangan ini telah hilang keyakinan terhadap kerajaan yang ada hari ini. Ini juga dilaungi oleh dua wartawan veteran yang pernah berkhidmat di Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jassin dan Datuk Ahmad Talib, dalam rancangan Helo! Malaysia, Bernama TV malam ini (7 April 09).

Kadir mencadangkan agar mereka yang didapati bersalah oleh Lembaga disiplin UMNO dalam pemilihan UMNO yang baru lalu tidak dilantik dalam Kabinet. Malah sebelum ini pun Tan Sri Sanudi Joned dan Datuk Ruhannie Ahmad, turut mencadangkan hal yang sama.

Masalahnya sekarang apakah ada resipi terbaik Najib untuk melantik anggota kabinet barunya yang tentunya meliputi kalangan MT UMNO yang menang pemilihan baru-baru ini. Apakah pula kayu pengukur yang akan digunakan Najib untuk mengenal pasti siapa yang bersih dan dilihat bersih dan siapa pula yang tidak. Lagi pula Lembaga Disiplin UMNO masih lagi meneruskan pemantauan dan penyiasatan walaupun pemilihan sudah berlalu. Bagaimana kalau terdapat dalam kalangan anggota MT yang menang itu yang bersalah?

Bagaimana dengan persepsi rakyat umumnya? Siapa dalam kalangan pemimpin UMNO yang mereka anggap bersih dan dilihat bersih? Apakah Lembaga Disiplin UMNO hanya akan memantau pemilihan pada tahun ini sahaja dan tidak pada pemilihan pada tahun-tahun yang sudah-sudah? Katakanlah ada anggota UMNO yang mendapat bukti baru tentang berlakunya pelanggaran etika parti dalam pemilihan-pemilihan yang lalu, apakah anggota ini boleh mengadu ke Lembaga Disiplin Parti? Kemudian apakah UMNO umumnya tidak memberikan pertimbangan kepada cara Tun Mahathir memilih salah seorang daripada Naib- Presiden UMNO untuk memangku jawatan Timbalan Presiden dan akhirnya memilihnya pemangku presiden menggantikannya? Bukankah faktor bersih dan dilihat bersih oleh Mahathir sebagai satu kriteria utama ketika melantik penggantinya pada tahun 2003 itu?

Ramai dalam kalangan UMNO yang masih lagi bercelaru fikirannya tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam UMNO. Yang jelas ada sesetengah kalangan dalam UMNO melihat segala analisis tentang kelemahan UMNO hari ini seperti "lain yang bengkak lain yang menanah." Pemimpin-pemimpin UMNO hari ini dikatakan berikrar untuk akur kepada kehendak rakyat, akan berubah mengikut kehendak rakyat, akan turun ke lapangan menemui akar umbi. Soalnya siapa rakyat itu? Siapa pula yang dikatakan akar umbi? Adakah rakyat akar umbi ini termasuk juga anak-anak muda yang kini berpelajaran dan boleh menilai yang baik dan yang buruk tentang, misalnya, kehidupan berpolitik di negara ini?

Perlu berubah mengikut kehendak rakyat? Mudah bercakap tapi susah melaksanakan. Atau dalam bahasa biasa "cakap bolehlah tapi buat belum tentu." Keangkuhan dan keengganan mendengar suara rakyat terbanyak, tidak kiralah, sama ada akar umbi, cendekiawan, pendidik, pejuang veteran, dikatakan masih membalut ketat sikap pemimpin UMNO.

Ambil contoh kecil sahajalah. Tentang kes PPSMI. rakyat yang cintakan bahasa Melayu marah, pejuang kemerdekaan marah, pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi marah apabila mereka mahu pemimpin UMNO bertindak kembali memartabatkan semula bahasa Melayu dalam sistem pendidikan, terutama dalam PPSMI. Pemimpin UMNO masih berdolak-dalih. Malah aada yang kata UMNO sendiri seperti melanggar Perlembagaan yang berkait tentang bahasa mereka sendiri.

Teringat saya akan kata-kata seorang pemimpin NGO yang berjuang memartabatkan bahasa Melayu. Beliau ini pernah ikut serta dalam tunjuk perasaan memansuhkan PPSMI di Kuala Lumpur baru-baru ini. Agaknya pemimpin NGO ini telah mengagak bahawa pemimpin UMNO dan kerajaan tidak akan melayani tuntutan memansuhkan PPSMI, maka beliau pun bertekad, "Tunggu di Bukit Gantang. Biar mereka tahu nanti."

Malam ini ternyata pemimpin NGO ini "masin mulutnya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).