WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday 16 April 2009

1 MALAYSIA OH SATU MALAYSIA!


PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Foto oleh Asia Sentinel

Tengah digembar-gemburkan sekarang ini slogan kabinet baru pimpinan Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak – 1 Malaysia. Keperluannya untuk mengenengahkan slogan 1 Malaysia ini mungkin berpunca daripada kerapuhan kesatuan dan perpaduan bangsa Malaysia hari ini. Sepanjang 50 tahun lalu, ada sahaja halangan untuk membentuk kesatuan dan persatuan rakyat. Barangkali semua kaum di Negara ini berpijak di bumi rapuh, terutama jika dilihat daripada sudut budaya dan lanskap politik. Pandangan dua ahli panel Rancangan Helo Malaysia (Bernama TV), dari UIA dan Universiti Terbuka malam tadi dan beberapa pemanggil interaktif melalui rancangan itu mungkin boleh dijadikan contoh dan iktibar.

Najib mungkin berdepan dengan beberapa pilihan untuk membancuh rakyat majmuk Malaysia menjadi 1 Malaysia. Pilihan itu ada di beberapa Negara, seperti Singapura dengan didasarkan kepada “Malaysian Malaysia” yang diperkenalkan mantan Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam Malaysia. Kini DAP mencanangkan konsep Malaysian Malaysia itu. Ada Indonesia dengan ramuannya, Satu bangsa, satu Negara dan satu bahasanya. Mantan presiden UMNO, Dato’ Onn Jaafar pernah mencadangkan untuk Tanah Melayu tetapi tidak mendapat sambutan. Kemudian ada pula ramuan Amerika Syarikat dengan “bahasa dan budaya Inggeris sebagai alat pemersatu. Mana satu ramuan atau acuan yang diperlukan Najib? Singapura, Indonesia atau Amerika Syarikat? Atau ada acuan yang lebih molek buat Malaysia?

Ramai kawan memberikan pandangan. Pandangan mereka boleh dirumuskan, bahawa Malaysia perlu membancuh semua ramuan dalam semua acuan tadi menjadi 1 Malaysia. Malaysia perlukan Malaysian Malaysia berdasarkan merit dengan syarat rakyat Malaysia tidak lagi dibelenggu masalah handicap politik dan ekonomi (keterbatasan). Malaysia perlukan satu bangsa - bangsa Malaysia, satu Negara - Negara Malaysia dan satu bahasa - bahasa kebangsaan seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Dan Malaysia perlukan acuan Amerika Syarikat dengan rakyat berfikir secara satu bangsa, keluar dari kepompong kaum-kaum, berbahasa kebangsaan di peringkat nasional. tanpa memperkecil peranan bahasa ibunda.
Malaysia tidak perlu sikap dan sifat ekstrim mengasimilasikan rakyat. Begitu juga Malaysia tidak juga perlu sikap dan sifat akomodatif yang dianggap berbahaya dari segi jangka panjangnya. Maka carilah satu cuan yang boleh diterima pakai. Barangkali mencampurkan semua ramuan daripada tiga Negara yang disebutkan di atas mserupakan ramuan terbaik mengadunkan rakyat menjadi 1 Malaysia.

Namun, mahu ikut acuan Singapura sahaja, ya boleh. Mahu ikut acuan Indonesia sahaja ya boleh. Malah mahu ikut acuan Amerika Syarikat sahaja, juga ya boleh. Trserah kepada kebijaksanaan Najib dan kabinetnya.

Kita tunggu sahajalah dengan masa sebagai faktor penentu!

1 comment:

  1. Pastikan satu malaysia tidak menindas sesuatu bangsa dan yang pastinya satu malaysia buakan malaysian malaysia"

    Cheers,
    Melayu Boleh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).